"Jef, tak puas lagi ke guna laptop tu. Kalau tak puas, aku nak jual je laptop tu kat kau." Wilson menyindir kemas. Jef terdiam sambil senyum senyum, lalu meminta izin untuk pergi berjoging di tepi pantai. Wilson geleng kepala 3 kali. "Jef, jef, malam malam buta mcm ni pun nak pegi berjoging." bisik wilson dlm hati.
*Bersambung...
Kepala Hotak
Friday, 18 November 2011
Jef dan youtube
Dari ptg td Jef menghadap youtube. Ntahapehape video di tontonnya. Dari video konsert Pearl Jam live in Helsinki, sehinggalah ke video maharaja lawak musim pertama. Video Victoria Secret pun dia balun jgk. Bila tengah tengah malam mcm gini, tangan jef mula la gatal nak mengklik website porno. Jef tersengih sengih. Tiba - tiba... *Bersambung
Jef and the beach boys
Selepas puas merayau rayau di bandar, Jef mengambil keputusan utk bersiar siar di tepi pantai pula. Sampai di sana Jef lihat ramai makwe makwe memakai seluar pendek paras peha. Jef menepuk dahi dan mula berperasaan seronok tak tentu hala.
*Bersambung.
*Bersambung.
Falsafah Jef
Jef kelihatan kacak pagi ini walaupun hanya memakai t-shirt band Fu Manchu dan jeans lusuh. "Wah kamu nak kemana wangi wangi ni Jef" tegur Solehudin. "Aku nak ke bandar, mahu mencari pengalaman hidup" balas Jef serius. *Bersambung.
Jef dan Waktu Pagi
"Good morning Jef" sapa Wilson sambil senyum senyum. Jef yg masih lagi terbaring di atas sofa hanya membalas sapaan Wilson dgn senyum tawar. "Macamana mood kau hari ni ok ke tak? tanya Wilson lg. Jef hanya diam. Bukan Jef tak mahu jawab soalan Wilson, tapi Jef memang tak suka berbual kalau Jef belum gosok gigi. Wilson mencapai tuala terus ke bilik mandi.
*Bersambung
*Bersambung
Jef Ketiduran
Jef keluar ke ruang tamu, di tangannya ada sebungkus twisties dan sebotol coke. Jef rasa sedikit tenang. Bagaimanapun bayangan wajah Aminah masih berlegar legar di kepala Jef. Suis TV di"on"kan. Jef teringin benar nak menonton Masterchef sambil gelak gelak. Baru 5 minit menonton Masterchef, Jef dah berdengkur.
*Bersambung..
*Bersambung..
Jeff Free
Jef mula bosan berkurung lama lama dalam bilik. Wilson, Solehudin dan Arafat sudah sejam keluar berkaraoke. "Mesti diorang tgh seronok" bisik hati Jef. Jef bukan tak mahu ikut kawan kawan berkaraoke, tapi bila mengenangkan Wilson ada sekali itu yg membuatkan Jef takde mood nak pegi karaoke. Wilson tu dah mcm takde lagu lain ke? asyik asyik D'lloyd, Dlloyd, D'lloyd. Jef nak pekena lagu Saleem sepam pun tak boleh. Bengang betul Jef.
*Bersambung..
*Bersambung..
Subscribe to:
Posts (Atom)